CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 21 May 2012

"Infinite Digital Bookcase"

Google telah memperkenalkan rak buku digital yang dipanggil "Infinite Digital Bookcase". Rak buku ini boleh dipusing dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah menggunakan tetikus. Rak ini mempunyai lebih daripada 10,000 judul daripada Google Books yang disusun dan dibahagi kepada 28 subjek.






Klik http://workshop.chromeexperiments.com/bookcase/. Anda juga berpeluang melayari buku-buku percuma hanya dengan memilih subjek "Free Books" yang terdapat pada Senarai Subjek.

Learning Management System - LMS

Learning Management System (LMS) merupakan salah satu projek rintis ditaja oleh MAMPU. Pihak MAMPU bekerjasama dengan BPM yang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Open Source Software (JPOSS) KPM.LMS merupakan satu sistem aplikasi yang membolehkan bahan resos pembelajaran berasaskan web digunakan dalam proses P&P secara lebih berkesan di mana LMS digunakan untuk melancarkan e-Bahan, mengesan pencapaian murid, dan mengesan status penggunaan pengguna.

PENAMPILAN DIRI

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
  1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
  2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
  3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
  4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
  5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
  6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
  7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
  8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
  9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
  10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Sunday, 20 May 2012

Mutiara Kata


Cool Flash Comments

Saturday, 19 May 2012

PENGKHUSUSAN

Pengkhususan Dan Sistem Barter

Gelagat di Sekolah




SISTEM BARTER

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW


1.     Keperluan Fisiologi

Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
a.      Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
b.     Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

2.     Keperluan Sosial

Ada 2 keperluan pada tahap ini.
a.      Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
b.     Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

3.     Keperluan Rohani

Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

Tuesday, 10 April 2012


Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya teknologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Sunday, 8 April 2012

yeah.. at last bleh jugak buat.. esok nk sambung explore lagi blog nih..

Saturday, 7 April 2012

Salam Ukhwah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini